Cara Untuk Reset Password Administrator Server 2008 R2


Alat yang diperlukan: 
1. DVD Windows Server 2008 R2 installation disk.

Mengantikan fail Utilman.exe

1.1. Boot server menggunakan DVD Windows Server 2008 R2.
1.2. Pilih pilihan “Repair your computer”.


 

1.3. Ikut arahan di skren sehingga sampai ke pilihan untuk membuka Command Prompt. Klik pilihan ini.
 

1.4. Backup dahulu fail Utilman.exe menggunakan command berikut:

MOVE   C:\Windows\System32\Utilman.exe  C:\Windows\System32\Utilman.exe.bak


1.5. Salin fail cmd.exe dan namakan ia sebagai Utilman.exe menggunakan command berikut:

COPY  C:\Windows\System32\cmd.exe  C:\Windows\System32\Utilman.exe


1.6. Sekarang reboot server anda.

1.7. Selepas selesai booting dan anda berada di skren logon, klik ikon “Ease” (atau tekan kekunci Windows+U).



Menukar Password Aministrator.

1.8. Applikasi Command Prompt akan keluar di skren anda. Guna command berikut untuk menukar password Administrator anda:

net user administrator *

1.9. Selepas kekunci ENTER ditekan, anda akan diminta untuk memasukkan password baharu dan mengesahkannya (password yang taip tidak akan dipaparkan diskren, JANGAN RISAU, ini adalah ciri keselamatan yang dipasang di Windows Server 2008 R2)

1.10. Setelah anda berjaya menukar password Administrator, keluarkan DVD Windows Server 2008 R2 dan reboot server anda.

1.11. Selesai reboot, login ke server menggunakan password Administrator yang baharu anda tukar.

1.12. Buka aplikasi Command Prompt.

1.13. Selepas berjaya login, padam fail Utilman.exe menggunakan command berikut:

DEL   C:\Windows\System32\Utilman.exe


1.14. Namakan semula fail Utilman.exe.bak kepada Utilman.exe menggunakan command berikut:

RENAME  C:\Windows\System32\ Utilman.exe.bak  C:\Windows\System32\Utilman.exe



Selamat mencuba......

Download PDF format : Cara Reset Password Administrator Server 2008 R2



Comments

Popular Posts